Home Tempatan Lebuhraya MEX tutup sementara pada 12 Ogos

Lebuhraya MEX tutup sementara pada 12 Ogos

SHARE
Lebuhraya MEX

KUALA LUMPUR 9 Ogos – Lebuhraya MEX (Maju Expressway) akan ditutup sementara waktu bermula dari pukul 5 pagi hingga 12 tengah hari pada 12 Ogos ini, untuk memberi laluan kepada acara MEX Ride 2018.

Menurut kenyataan Maju Expressway Sdn Bhd hari ini, penutupan itu melibatkan 17 laluan susur masuk dan keluar di enam persimpangan Lebuhraya MEX iaitu persimpangan Bulatan Kampung Pandan, (persimpangan) Salak Selatan, (persimpangan) Kuchai Lama, (persimpangan) Bukit Jalil, (persimpangan) Seri Kembangan dan Persimpangan Putrajaya.

“Pengguna jalan raya dari Kuala Lumpur yang ingin ke Putrajaya dan KLIA (Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur) adalah dinasihatkan untuk menggunakan laluan alternatif dan begitu juga sebaliknya. Sila rancang perjalanan anda dengan baik dan patuhi arahan papan tanda jalan dengan berhemah,” kata kenyataan itu.

Untuk berita penuh sila klik di sini

UTUSAN ONLINE

 

Comments