Home Antarabangsa Lebih 50 terkorban dalam letupan di pusat pendaftaran pengundi

Lebih 50 terkorban dalam letupan di pusat pendaftaran pengundi

SHARE
Beberapa kenderaan turut musnah dalam kejadian tersebut pada Ahad. - Reuters/Omar Sobhani

KABUL : Angka korban dalam insiden pengeboman di luar sebuah pusat pendaftaran pengundi di ibu negara Afghanistan, Kabul pada Ahad meningkat kepada 57 orang pada Isnin.

Lebih 100 orang cedera dalam insiden tersebut akibat seorang pengebom bunuh diri.

Menurut agensi berita Reuters, ini merupakan serangan paling serius di negara itu semasa rakyat bersiap-sedia hadapi pilihan raya yang dijadualkan pada Oktober nanti.

Kumpulan militan Daesh mengaku bertanggungjawab ke atas serangan tersebut yang dilihat cubaan untuk menjejaskan kepercayaan rakyat terhadap kerajaan presiden negara itu, Ashraf Ghani.

Untuk berita penuh sila klik di sini

Comments