Home Antarabangsa Lebih 50 buah rumah warga Palestin diancam roboh

Lebih 50 buah rumah warga Palestin diancam roboh

Tentera Israel dakwa rumah tiada permit pembinaan Israel

SHARE

GAZA, 10 Syawal 1439H, Ahad – Tentera rejim pengganas Israel mengancam akan merobohkan lebih daripada 50 rumah warga Palestin di bahagian utara Tebing Barat, lapor media tempatan.

Rejim Tel Aviv itu dilaporkan akan merobohkan rumah di kampung Beit Dajan, yang terletak di timur Nablus kerana mendakwa ia tidak memiliki kebenaran pembinaan Israel.

Datuk Bandar, Nasir Abu Jaish mengesahkan bahawa tentera Israel telah menyerahkan notis kepada penduduk tempatan memberitahu mereka bahawa sekurang-kurangnya 51 buah rumah akan dirobohkan dalam tempoh 60 hari kerana tiada permit pembinaan Israel.

Untuk berita penuh sila klik di sini

Comments