Home Antarabangsa Lebih 350,000 orang terbunuh sejak perang Syria tercetus

Lebih 350,000 orang terbunuh sejak perang Syria tercetus

SHARE

BEIRUT 13 Mac – Lebih 350,000 orang dilaporkan terkorban sepanjang tujuh tahun krisis di Syria, menurut jumlah terbaharu dikeluarkan hari ini oleh Pertubuhan Hak Asasi Manusia ke Syria.

Organisasi yang berpangkalan di Britain itu mengatakan, seramai 353,935 orang terbunuh sejak krisis tercetus pada 15 Mac 2011.

Konflik berkenaan yang bakal memasuki tahun kelapan pada Khamis ini, dilihat berterusan mengorbankan ramai nyawa termasuklah serangan tentera Syria di wilayah Ghouta Timur berdekatan Damsyik.

Daripada angka tersebut, seramai 106,390 penduduk tempatan termasuk 19,811 kanak-kanak serta 12,513 wanita terbunuh.

Untuk berita penuh sila klik di sini

UTUSAN ONLINE

Comments