Home Tempatan Lebih 100,000 Pelarian Kristian di Malaysia

Lebih 100,000 Pelarian Kristian di Malaysia

SHARE

Lebih 100,000 penganut agama Kristian daripada Myanmar menjadikan Malaysia sebagai tempat berlindung setelah melarikan diri daripada negara asal disebabkan oleh penindasan agama di sana.

The Christian Times melaporkan bahawa penganut-penganut agama Kristian Myanmar menghadapi penindasan dan pembunuhan besar-besaran secara kejam oleh nasionalis Buddha, tentera dan polis di sana.

“Myanmar tidak selamat bagi kami. Mereka membunuh, memenjarakan orang kerana agama. Mereka mengharamkan upacara sembahyang kami. Pihak tentera akan datang ke rumah-rumah kami untuk menghentikan upacara sembahyang kami. Myanmar tidak selamat. Kami tidak boleh kembali ke sana,” luah Tin, pelarian Myanmar yang beragama Kristian.

Tin dan penganut-penganut Kristian yang lain mengadu bahawa mereka telah direjam dengan batu sewaktu mereka berkumpul untuk berdoa bersama keluarga. Mereka juga terpaksa menyembunyikan kitab Bible mereka kerana khuatir bakal menghadapi lebih banyak lagi serangan.

Serangan-serangan yang dihadapi oleh mereka termasuklah serangan letupan periuk api, pemerkosaan golongan wanita, pembunuhan manusia secara membabi buta dan dihalau daripada tempat tinggal secara paksa.

Comments