Home Antarabangsa Larangan visa 7 negara Islam, Iraq dikecualikan Trump

Larangan visa 7 negara Islam, Iraq dikecualikan Trump

SHARE

WASHINGTON: Presiden Donald Trump bakal menandatangani semakan arahan eksekutif melarang kemasukan rakyat negara Islam tertentu, namun dijangka mengeluarkan Iraq daripada senarai berkenaan.

Arahan eksekutif itu juga menangguhkan program pelarian di Amerika Syarikat (AS).

Seorang pegawai Rumah Putih yang enggan dikenali berkata, rancangan menguatkuasakan perintah itu dijangka dilaksanakan hari ini, sebelum pengumuman rasmi mengenainya dibuat.

Semakan arahan itu dijangka mengeluarkan Iraq daripada senarai tujuh negara Islam apabila rakyatnya berdepan larangan perjalanan ke AS.

Arahan asal tidak dapat dikuatkuasakan berikutan keputusan mahkamah menggantungnya.

Semakan arahan itu ditulis dalam usaha menangani masalah ditimbulkan mahkamah dan menjelaskan kekeliruan, secara terperinci mengecualikan pemegang kad hijau atau penduduk tetap.

Bagaimanapun, ia dijangka mencetuskan pusingan baharu tuntutan dan bantahan. -AP

Berita Harian

Comments