Home Tempatan Larangan tsunami Melayu? Tiada hukum mutlak, kata mufti

Larangan tsunami Melayu? Tiada hukum mutlak, kata mufti

SHARE
Sumber Gambar: Sinar Harian

Mufti Pulau Pinang menyifatkan fenomena ‘tsunami Melayu’ adalah hal yang terkait dengan siasah syariyyah (hal ehwal politik Islam) yang tiada hukum mutlak mengenainya.

“Hukumnya tergantung kepada maslahah ammah (kepentingan awam). Jika ia membawa kepada tercapainya kepentingan tersebut, maka hukumnya harus dan mungkin sunat.

7 Tuntutan Kedaulatan Islam
“Jika ia membawa kepada natijah sebaliknya iaitu kepada mafsadah (keburukan), maka hukumnya adalah haram,” kata Datuk Dr Wan Salim Wan Mohd Noor ketika dihubungi Malaysiakini.

Beliau diminta mengulas pendapat Mufti Pahang Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman yang dilaporkan berkata tsunami Melayu dilarang kerana akan menyebabkan orang Melayu-Islam berpecah hingga boleh membawa keuntungan besar kepada politik bukan Islam.

Untuk berita penuh sila klik di sini

Malaysiakini

Comments