Home Tempatan Larangan jual makanan sebelum 2 petang

Larangan jual makanan sebelum 2 petang

SHARE

KANGAR: Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Perlis (JAIPs) melarang peniaga Islam di negeri ini menjual makanan sebelum jam 2 petang sepanjang Ramadan ini.

JAIPs dalam kenyataan hari ini turut meminta umat Islam mematuhi peraturan jabatan itu untuk mengelak dikenakan tindakan undang-undang.

“Peniaga Islam yang melanggar peraturan jualan boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 25 (1) (a) Enakmen Jenayah Dalam Syarak Negeri Perlis 1991 (Pindaan 2012),” katanya.

Menurut kenyataan itu, peniaga yang disabit kesalahan boleh didenda maksimum RM3,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya bagi kesalahan pertama.

Untuk berita penuh sila klik di sini

Berita Harian

Comments