Home Tempatan Larangan Bertudung, Persatuan Hotel Malaysia Diminta Beri Sebab

Larangan Bertudung, Persatuan Hotel Malaysia Diminta Beri Sebab

SHARE

KUALA LUMPUR: Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Mas Ermieyati Samsudin menggesa Persatuan Hotel Malaysia memberi sebab yang wajar mengapa mereka melarang pekerja wanita Muslim memakai tudung, lapor Utusan.

Hal ini kerana menurut beliau, tiada polisi antarabangsa yang menetapkan peraturan sedemikian.

Selain daripada itu, Datuk Mas Ermieyati turut berkata bahawa polisi larangan bertudung bagi pekerja wanita Islam di barisan hadapan sektor perhotelan perlu diteliti semula bagi memastikan keadilan kepada semua pihak yang terlibat.

“Perkara itu juga tidak adil bagi golongan wanita muda (yang rata-rata bertudung) dan sedang mencari pekerjaan.”

“Majikan Malaysia perlu tahu Perlembagaan Persekutuan yang berdasarkan kebebasan beragama dan perkara ini perlu dihormati.”

Baru-baru ini, Majlis Rangkaian Kesatuan Sekerja Antarabangsa Malaysia (Uni-MLC) mendedahkan aduan daripada pekerja Muslimah dalam industri perhotelan yang diarahkan untuk membuang tudung oleh majikan dan perkara ini menimbulkan kekecohan dan kemarahan di kalangan Muslim.

Presiden Persatuan Hotel Malaysia mendakwa bahawa larangan tersebut adalah berdasarkan polisi dan SOP antarabangsa, bukan diskriminasi mahupun Islamofobia.

Comments