Home Tempatan Larangan bertudung bertentangan perlembagaan

Larangan bertudung bertentangan perlembagaan

SHARE
Sumber gambar: Malay Mail Online

KUALA LUMPUR: Sebarang dasar larangan pemakaian tudung seperti yang dilapor dibangkitkan Persatuan Hotel-Hotel Malaysia (MAH) adalah bertentangan dengan Perlembagaan negara.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, menyifatkan dasar larangan bertudung bagi wanita Islam yang bekerja di barisan hadapan sektor perhotelan di sesetengah rangkaian hotel di negara ini sebagai perkara tidak berasas.

Menurutnya, pendirian Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) adalah jelas berdasarkan status Islam di negara ini dan prinsip kebebasan dalam beragama.

“Dalam soal ini, perlu difahami secara jelas bahawa pemakaian tudung dalam Islam adalah kewajipan dan isu ini bersifat menyeluruh yang menjadi sebahagian daripada tuntutan agama,” katanya menggulung perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2018 peringkat jawatan kuasa di Dewan Rakyat.

Sila klik di sini untuk bacaan lanjut.

Berita Harian

Comments