Home Tempatan Larangan Bertudung, Amalan Diskriminasi Tetap Salah – Art Harun

Larangan Bertudung, Amalan Diskriminasi Tetap Salah – Art Harun

SHARE

Kuala Lumpur: Peguam berpengalaman, Azhar Harun atau lebih dikenali sebagai Art Harun menempelak golongan yang dilihat menyokong larangan pemakaian tudung terhadap pekerja hotel wanita dan kritikan yang bersifat menghasut.

Menurut tulisannya dalam sebuah portal tempatan, beliau berkata golongan yang tidak melihat larangan pemakaian tudung sebagai satu diskriminasi adalah golongan yang sama mengkritik perkhidmatan ‘Dobi Muslim’ sebagai satu diskriminasi.

Katanya lagi, semua pihak harus konsisten apabila berhadapan dengan perkara yang berkaitan dengan hak asasi manusia sejagat.

“Amalan diskriminasi mestilah dihentikan. Dan ini bermakna SEMUA amalan diskriminasi. Bukan hanya yang perkara yang kita tidak suka sahaja,” tegas beliau.

Ulasnya lagi, pelanggaran hak asasi manusia telah merendahkan martabat manusia sebagai manusia sambil menempelak golongan yang mendakwa perkara ini adalah isu yang kecil.

Sebelum ini, beliau juga turut berpendapat bahawa larangan wanita Islam bertudung ketika bekerja di hotel sebagai kesan Islamophobia.

Comments