Home Tempatan ‘Laporan forensik Dr Fadi hanya untuk polis’

‘Laporan forensik Dr Fadi hanya untuk polis’

SHARE

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) tidak akan mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung laporan forensik kes Dr Fadi Mohammed Al Batsh, Imam dan pensyarah warga Palestin yang ditembak mati di Setapak, Kuala Lumpur Sabtu lepas.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata pihak kementerian hanya bertanggungjawab menyediakan laporan forensik untuk diserahkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Ini adalah kes polis, laporan itu adalah untuk polis dan kami tidak akan mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai kes ini,” katanya kepada pemberita di sini hari ini selepas menghadiri perasmian Institut Kanser Negara (IKN) oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Untuk berita penuh sila klik di sini

Malaysiakini

Comments