Home Tempatan Langkah memperkasa Mahkamah Syariah

Langkah memperkasa Mahkamah Syariah

SHARE

KEBEBASAN kehakiman ialah asas kepada keputusan yang adil. Persoalan yang cuba saya rungkaikan dalam tulisan ini ialah, adakah mahkamah Syariah mempunyai sokongan atau jaminan perundangan yang lengkap dan kukuh berkaitan kebebasan kehakiman?

Mahkamah Persekutuan dalam kes Indira Gandhi, iaitu kes mengenai semakan kehakiman prosedur pemelukan Islam seorang bayi berusia 11 bulan oleh bapanya yang memeluk agama Islam, menyentuh isu kebebasan kehakiman di Mahkamah Syariah.

Saya merujuk kepada obiter dictum dalam alasan penghakiman (keputusan) Mahkamah Persekutuan itu. (Obiter dictum atau obiter dicta ialah sesuatu yang dikemukakan secara sambil lalu atau incidental pada sesuatu perkara dan tidak mengikat kes lain pada masa depan).

Perenggan 63 alasan penghakiman itu menyatakan, “The constitutional safeguards for the judicial independence, including the mechanism for the qualifications, appointment, removal, security of tenure and remuneration of judges, do not apply in respect of Syariah Courts.”

Untuk berita penuh sila klik di sini

Berita Harian

Comments