Home Tempatan Langgar Perlembagaan, Pertubuhan Boleh Dikenakan Tindakan

Langgar Perlembagaan, Pertubuhan Boleh Dikenakan Tindakan

SHARE

Semua persatuan yang sah berdaftar di Malaysia harus mempertahankan Perlembagaan Persekutuan dan wajib patuh kepada semua peraturan yang termaktub dalam perlembagaan ketika menguruskan operasi harian mereka.

Hal ini ditegaskan oleh Mohammad Razin Abdullah daripada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) bagi menjawab cadangan yang dibuat oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang supaya ROS menyemak semula status kesemua parti-parti politik di Malaysia kerana khuatir mungkin mereka telah melanggar nilai-nilai perlembagaan.

“Perlembagaan Persekutuan adalah undang-undang tertinggi negara. Ianya harus dipatuhi oleh semua lapisan masyarakat, termasuk semua jenis persatuan, terutamanya parti-parti politik,” kata Mohammad Razin dalam sebuah kenyataan yang dikeluarkan di Putrajaya kelmarin.

Tambahnya lagi pihak ROS sentiasa memantau aktiviti harian kesemua persatuan dan parti-parti politik yang berdaftar.

“ROS juga akan sentiasa merujuk kepada Jabatan Peguam Negara berhubung dengan apa-apa tindakan yang perlu diambil, jika ada, ke atas perlanggaran undang-undang oleh mana-mana pertubuhan berdaftar.”

Comments