Home Tempatan Langgar akta tanah, tokong ‘berkubah masjid’ diarah pindah

Langgar akta tanah, tokong ‘berkubah masjid’ diarah pindah

SHARE

KLANG, 30 Jan — Mereka yang membina tokong kecil menyerupai kubah masjid dan bulan sabit di tanah rizab jalan diberikan tempoh masa sehingga lusa ini untuk mengalihkan binaannya.

Majlis Perbandaran Klang (MPK) menghantar notis memindahkan binaan itu pada 24 Januari lalu namun tempoh dilanjutkan selepas rayuan dibuat pemilik tokong, lapor Sinar Harian.

“Pemilik berkenaan diberi tempoh tiga hari iaitu sehingga 27 Januari (kelmarin) supaya memindahkan atau membuka binaan itu,” kata pengarah komunikasinya Norfiza Mahfiz.

“Bagaimanapun disebabkan perayaan Tahun Baharu Cina, pemilik meminta kelonggaran agar memberinya masa untuk mengalihkan binaan itu sehingga selepas sambutan itu.”

Manakala, Pejabat Daerah dan Tanah Klang menyatakan struktur itu, dibina di Jalan Makyong, Bukit Raja dekat ini, haram kerana kerana dibina atas tanah kerajaan dan rizab jalan.

Pegawai daerah Klang Mohd Zainal Mohd Nor berkata pemilik melanggar Seksyen 425 dan juga 426A (1)(C) Kanun Tanah Negara.

“Tindakan akan diambil sebaik notis tamat pada tarikh berkenaan. Pejabat daerah bertanggungjawab terhadap tanah, manakala MPK pula pada binaan tokong itu,” katanya.

The Malay Mail Online

Comments