Home Tempatan Lahir imam, bilal berkualiti

Lahir imam, bilal berkualiti

SHARE

KURSUS Imam dan Bilal Daerah Gombak antara yang disenaraikan dalam tentatif hari kedua siri Jelajah Karnival Kampungku Kesayanganku (Jelajah 3K) di Masjid Jamek Al-Amaniah di sini, Sabtu lalu.

Menghimpunkan 200 imam dan 150 bilal dalam daerah berkenaan, matlamat utama kursus tersebut adalah bagi meningkatkan mutu dan kualiti melalui panduan oleh penceramah dari negeri bagi berkongsi pengetahuan.

Dalam kursus tersebut, peserta turut didedahkan dengan kaedah sebutan dan bacaan yang betul serta semakan al-Fatihah dan laungan azan.

Exco Hal Ehwal Agama Islam, Jawatankuasa Adat Melayu, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi berkata, perkongsian dalam kursus tersebut diharapkan dapat dipraktikkan dan dikongsi bersama masyarakat melalui pembukaan klinik al-Fatihah.

“Jelajah 3K tahun ini memperkenalkan kursus imam dan bilal di setiap daerah dikunjungi seiring dengan seruan kerajaan negeri membentuk Smart Masjid yang diidamkan mengikut kriteria ditetapkan menumpukan aspek pengurusan, pentadbiran, data berkomputer dan hasil serta kebersihan.

“Kita juga mahukan masjid menjadi pusat pentadbiran, pusat ilmuan dan sehenti.

“Fungsi imam bukan sekadar memimpin solat saja, sebaliknya bertanggungjawab ke atas kariah setempat dengan menggalakkan mereka ke masjid dan hidup berpandukan amar maaruf nahi mungkar,” katanya.

Hari kedua program dimulakan qiamullail, kuliah Munajat Cinta dan solat Subuh.

Diikuti program kayuhan 3K diketuai Ahmad Yunus yang memberikan sumbangan kepada keluarga asnaf dan semakan arah kiblat.

Sila klik di sini untuk bacaan lanjut.

Sinar Online

Comments