Home Tempatan Lagi Pejabat Nanyang Siang Pau Diserbu

Lagi Pejabat Nanyang Siang Pau Diserbu

SHARE

Pulau Pinang: Para aktivis daripada NGO Jaringan Muslimin Pulau Pinang (JMPP) dan Gabungan Perwakilan Melayu yang mewakili hampir 40 pertubuhan bukan kerajaan Pulau Pinang hari ini ‘menyerbu’ pejabat akhbar vernakular ekstremis Nanyang Siang Pau di negeri itu rentetan daripada karikatur menghina dan menghasut yang disiarkan kumpulan akhbar tersebut pada 8 April lepas.

Karikatur yang bertajuk ‘Aksi Monyet’ itu dikatakan telah mempersenda dan menghina Islam dan Undang-undang Islam kerana mempermainkan pembentangan Pindaan RUU 355 dan dua tokoh Muslim yang terlibat yakni Speaker Parlimen Tan Sri Pandikar Amin Mulia dan Datuk Seri Hadi Awang sebagai pembentang.

Pengerusi JMPP, Ustaz Mohamed Hafiz Mohamd Nordin berkata, permohonan maaf yang telah dibuat tidak boleh diterima kerana akhbar vernakular tersebut sememangnya secara niat jahat dengan sengaja menerbitkan karikatur biadab tersebut.

“Mereka yang terlibat harus dipecat. Jika ini tidak berlaku kami gesa pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN) batalkan permit Nanyang Siang Pau.”

“Ini bukan soal main-main. Ini soal negara. Soal keamanan dan soal keselamatan. Jangan jadikan pertaruhan, berhenti daripada berterusan bermain api perkauman dan agama. Kita tidak mahu pihak ketiga seperti pengganas DAISH mengambil kesempatan dengan keadaan sekarang.”

Comments