Home Tempatan La Kaffa ragui status halal bahan mentah Loob Holdings

La Kaffa ragui status halal bahan mentah Loob Holdings

SHARE

KUALA LUMPUR 7 Feb. – Pemilik jenama Chatime, La Kaffa International Co. Ltd. (La Kaffa) meragui status halal bahan mentah yang digunakan oleh Loob Holdings Sdn.Bhd. di Malaysia.

Pengerusi La Kaffa, Henry Wang berkata, antara bahan mentah yang tidak dibeli secara terus melalui La Kaffa sebagaimana termaktub di dalam kontrak termasuklah serbuk teh dan serbuk koko yang digunakan bagi minuman Chatime.

“Ini merupakan satu perkara serius kerana semua produk mentah yang dibekalkan melalui La Kaffa mempunyai pengiktirafan halal daripada pihak berkuasa Taiwan.

“Kegagalan Loob Holdings menggunakan bahan yang dibekalkan oleh pihak La Kaffa akan mengakibatkan status halalnya diragui,” katanya. – UTUSAN ONLINE

utusan online

Comments