Home Tempatan Kursus guaman bersama perlu untuk tingkatkan standard guaman – Presiden Badan Peguam...

Kursus guaman bersama perlu untuk tingkatkan standard guaman – Presiden Badan Peguam Malaysia

SHARE

KUALA LUMPUR: Badan Peguam Malaysia akan meminta universiti awam mengkaji semula faedah melaksanakan Kursus Guaman Bersama (CBC) dalam usaha untuk meningkatkan standard keseluruhan peguam.

Presidennya George Varughese berkata CBC perlu untuk memastikan standard yang tinggi dalam badan guaman.

“Dialog dan perbincangan CBC masih berjalan, dalam perkara ini kita masih ingin untuk meneruskan CBC yang turut disertai badan kehakiman dan saya percaya Jabatan Peguam Negara juga turut bersama,” katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Agung Tahunan ke-71 Badan Peguam Malaysia, di sini pada Sabtu.

Beliau juga berkata, cadangan itu (mengenai CBC) telah dikemukakan (kepada universiti awam) dan Badan Peguam Malaysia seterusnya akan mengemukakan cadangan ini dan cuba meyakinkan universiti awam untuk melihat manfaat melaksanakan CBC.

Kursus Guaman Bersama itu ialah untuk menggantikan Sijil Amalan Guaman yang diperkenalkan pada 1984 sebelum peguam boleh mengamalkan profesion guaman.

Lebih 800 orang menghadiri mesyuarat agung tahunan itu yang menyaksikan empat daripada enam usul yang dibentang diluluskan.

Comments