Home Tempatan Kursi pengajian Bahasa Melayu di luar negara perlu diberi nafas baharu

Kursi pengajian Bahasa Melayu di luar negara perlu diberi nafas baharu

SHARE

KUALA LUMPUR: Kursi pengajian Bahasa Melayu di luar negara perlu diberikan nafas baharu, khususnya bagi menarik lebih banyak pengajian peringkat prasiswazah mahupun pascasiswazah di institusi luar negara.

Konsul Jeneral Malaysia di Frankfurt, Jerman, Mukundan Madavan berkata Bahasa Melayu hendaklah terus digunakan dan bersaing di persada antarabangsa meskipun terdapat pelbagai kekangan serta cabaran hebat, khususnya di era pensejagatan dunia kini.

“Seiring itu juga, kegiatan penterjemahan dalam pelbagai ranah keilmuan perlu disemarakkan bagi menarik minat mereka yang ingin menguasai Bahasa Melayu,” katanya semasa merasmikan kempen ‘Dekad Bahasa Kebangsaan, Semarak Tekad di Benua Eropah’ di Pavilion Malaysia sempena Pesta Buku Antarabangsa Frankfurt, Jerman 2018, yang berlangsung pada 10 hingga 14 Okt, di sini.

Untuk berita penuh sila klik di sini

Comments