Home Tempatan Kurang penekanan 5 elemen maqasid al-syariah – IKIM

Kurang penekanan 5 elemen maqasid al-syariah – IKIM

SHARE

KUALA LUMPUR: Kurangnya penekanan lima elemen maqasid al-syariah dalam sesebuah institusi kekeluargaan dilihat menjadi antara faktor keruntuhan masyarakat pada hari ini.

Pengarah Pusat Kajian Syariah, Undang-undang dan Politik (Syarak), Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Dr Mohd Farid Mohd Shahran, berkata lima elemen berkenaan adalah agama, nyawa, akal, harta dan keturunan yang menjadi teras kekuatan dalam membina sebuah masyarakat berlandaskan syariat.

Katanya, kebanyakan masyarakat hari ini mengguna pakai nilai barat dan sekular berbanding syariat, maka daripada bermulanya isu keruntuhan akhlak dalam keluarga akhirnya menjadi lebih besar kepada masalah jenayah ekstrem.

“Lihat saja contoh beberapa remaja yang membakar pusat tahfiz hingga mengakibatkan kematian yang ramai. Kekurangan elemen maqasid al-syariah dapat dilihat dalam situasi itu.

“Ia juga memberi kesan apabila kes perceraian semakin meningkat dan amat membimbangkan. Struktur asas sebuah keluarga juga semakin berubah dan berpecah belah,” katanya ketika berucap pada majlis Muzakarah Pakar Pengukuhan Institusi Kekeluargaan Berlandaskan Maqasid Al-Shariah di IKIM, di sini, hari ini.

Statistik antara tahun 2010 hingga 2016 turut menunjukkan lebih 274,000 pasangan Islam bercerai, manakala setiap jam enam kes perceraian dicatatkan.

Sila klik di sini untuk bacaan lanjut.

Berita Harian

Comments