Home Tempatan Kukuhkan gerak kerja mengerakkan Islam

Kukuhkan gerak kerja mengerakkan Islam

SHARE

KOTA BHARU 21 Julai – Ijtimak Antarabangsa Perpaduan Ummah (Rantau Asia) yang berlangsung tiga hari sehingga esok diharap dapat menjadi titik permulaan ke arah menyatupadukan seluruh umat Islam.

Naib Ketua Kesatuan Ulama Islam Sedunia, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, program yang menarik penyertaan dari seluruh dunia itu bakal memberi natijah dalam mengkukuhkan kerja-kerja mengerakkan Islam.

Dalam masa sama, beliau yang juga Presiden Pas turut menasihatkan umat Islam agar terus berjuang dan mencari titik persamaan ke arah menegakkan Islam agar sentiasa dihormati.

“Kita harap Ijtimak ini diberkati Allah dan menjadi titik untuk menyatupadukan kita semua,” katanya ketika berucap merasmikan Ijtimak Antarabangsa Perpaduan Ummah (Rantau Asia) Kali Ke-4 di dataran Stadium Sultan Muhammad Ke-IV di sini hari ini.

Yang turut hadir, Mursyidul Am Pas, Hashim Jasin; Timbalannya merangkap Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob; Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Naib Presiden Pas, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah.

UTUSAN ONLINE

Comments