Home Tempatan KUIM jadi pemangkin institusi pengajian agama utama di Melaka

KUIM jadi pemangkin institusi pengajian agama utama di Melaka

SHARE
DATUK Seri Idris Haron (empat dari kanan) bergambar bersama jemputan utama selepas merasmikan bangunan akademik baharu Luqman Al-Hakim di Dataran Siswa Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM) di Kuala Sungai Baru, Melaka sebentar tadi. Turut kelihatan dari kanan , Datuk Ismail Othman; Datuk Roslan Ibrahim; Prof. Datuk Dr. Mohd. Taib Dora; Tan Sri Dr. Abu Seman Yusop dan Tan Sri Kamaruzzaman Shariff. - UTUSAN ONLINE/AZLI AHAD

ALOR GAJAH 10 April – Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM) perlu fokus melaksanakan tanggungjawab untuk mendidik anak-anak bangsa agar dapat menjadi pusat pengajian tinggi aliran agama yang utama di negeri ini.

Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron berkata, peranan itu perlu dimainkan warga KUIM agar kolej universiti itu terus menjadi contoh dan membantu kejayaan Melaka sebagai sebuah negeri yang maju dan progresif bukan sahaja dalam bidang duniawi malah dalam aspek kerohanian.

“Sebagai contoh, bangunan yang dirasmikan hari ini bukan untuk menunjuk-nunjuk, sebaliknya ia bersulamkan hasrat agar KUIM dapat melahirkan anak-anak muda yang bakal menjadi pemimpin dalam pelbagai bidang.

Untuk berita penuh sila klik di sini

UTUSAN ONLINE

Comments