Home Antarabangsa Kubur mengandungi 34 mayat ditemui di Raqa

Kubur mengandungi 34 mayat ditemui di Raqa

SHARE

DAMSYIK : Satu kubur besar mengandungi mayat lebih 30 orang mangsa pembunuhan militan Daesh ditemui oleh pasukan keselamatan Syria di wilayah Raqa, hari ini.

Ia adalah kali ketiga pasukan Syria menemui kubur seumpama itu di wilayah berkenaan yang satu ketika dulu dikuasai militan terbabit.

Agensi berita rasmi Syria, SANA melaporkan, penemuan itu dibuat pasukan tentera dengan kerjasama beberapa pakar di bahagian barat wilayah Raqa.

Menurut seorang anggota pertahanan awam, sejumlah 34 mayat telah dikeluarkan dari kubur berhampiran pekan Rathman itu.

Untuk berita penuh sila klik di sini

Berita Harian

Comments