Home Tempatan Kuala Lumpur berada di tangga 10 tertinggi bandar masa depan Asia-Pasifik

Kuala Lumpur berada di tangga 10 tertinggi bandar masa depan Asia-Pasifik

SHARE

KUALA LUMPUR berada di tangga ke 10 dalam senarai bandar masa depan rantau Asia-Pasifik tahun 2017/2018, menurut laporan fDi Intelligence daripada Forum Ekonomi Dunia (WEF).

Kedudukan tersebut mengalami penurunan empat anak tangga dari kedudukan keenam pada tahun 2015/2016.

Senarai yang dikeluarkan oleh fDi Intelligence, sebahagian daripada Financial Times, menganalisis 163 lokasi dan dinilai mengikut lima kategori, iaitu potensi ekonomi; mesra perniagaan; modal insan dan gaya hidup; keberkesanan perbelanjaan; serta perhubungan.

Singapura pula mengekalkan kedudukan teratas dua tahun berturut-turut sejak tahun 2015/2016 atas faktor industri perkhidmatan yang maju.

Faktor keupayaan pelaburan langsung asing (FDI) yang mencatatkan nombor yang tertinggi berbanding daripada bandar-bandar di sekitar rantau Asia-Pasifik turut menyumbang kedudukan Singapura di tangga teratas.

Sila klik di sini untuk bacaan lanjut.

Comments