Home Tempatan Krisis Rohingya: Jakim saran masjid, surau adakan solat hajat

Krisis Rohingya: Jakim saran masjid, surau adakan solat hajat

SHARE

BANGI, 22 Zulhijjah 1438H, Rabu – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menyarankan semua masjid dan surau di seluruh negara mengadakan solat hajat Jumaat ini bagi mendoakan supaya isu Rohingya tidak berpanjangan.

Ketua Pengarah JAKIM Tan Sri Othman Mustapha berkata, pihak turut mengambil inisiatif melalui beberapa masjid utamanya termasuk di bawah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) untuk melaksanakan solat hajat pada 15 September ini, selepas solat Jumaat.

“Penganjurannya bertujuan untuk mendoakan agar Isu Rohingya ini tidak berpanjangan serta mengambil kesempatan mendoakan kesejahteraan negara kita sempena sambutan Hari Malaysia.

“Sehubungan itu, Jakim memohon kerjasama dan jasa baik pihak Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) dan Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) di seluruh Malaysia untuk turut sama mengadakan solat haja pada tarikh dan masa yang dinyatakan di seluruh masjid dan surau di bawah seliaan agensi masing-masing,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Sila klik di sini untuk bacaan lanjut.

Comments