Home Tempatan KP: Jaga imej Jakim semasa dan di luar waktu tugas

KP: Jaga imej Jakim semasa dan di luar waktu tugas

SHARE

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Tan Sri Othman Mustapha mengingatkan pegawai dan bekas pegawainya menjaga imej jabatan itu walau di mana sahaja agar institusi keagamaan tersebut dihormati masyarakat.

Beliau berkata mereka seharusnya membawa imej Isam yang maju sesuai dengan nama ‘Jabatan Kemajuan Islam’.

“Kita kena bawa Islam yang maju bukannya yang mundur dan maju itu adalah dalam konteks yang lebih luas termasuk dari segi peningkatan diri kita, dari segi berhubung dengan orang lain.

“Maknanya kalau kita berkomunikasi, orang akan cakap… memang sesuai dia sebagai orang Jakim,” katanya kepada media selepas menghadiri Majlis Apresiasi Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) 2017 di Bangi hari ini.

Othman berkata sebagai petugas di agensi kerajaan, pegawai Jakim juga bertanggungjwab menjaga nama baik kerajaan.

“Kita tidak mahu kerana tingkah laku kita, nama kerajaan akan tercemar,” katanya.

Katanya pegawai Jakim juga sama guru yang tetap dipanggil guru oleh masyarakat sekalipun telah bersara.

“Di Jakim bukan sahaja yang bergelar ustaz masyarakat panggil orang Jakim, tetapi pegawai-pegawainya pun yang pernah bertugas di Jakim orang panggil bekas orang Jakim,” katanya.

Sila klik di sini untuk bacaan lanjut.

Comments