Home Tempatan Kontraktor dijel, mengaku galak keahlian Daesh

Kontraktor dijel, mengaku galak keahlian Daesh

SHARE
SAIDIN Yaacob dihadapkan ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dihukum penjara tiga tahun oleh Mahkamah Tinggi hari ini atas pertuduhan menggalakkan keahlian dalam kumpulan pengganas Daesh, tiga tahun lalu. - UTUSAN ONLINE/SURYA BONMA

KUALA LUMPUR 24 Feb. – Seorang kontraktor dihukum penjara tiga tahun oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini atas pertuduhan menggalakkan keahlian dalam kumpulan pengganas Daesh, tiga tahun lalu.

Hakim Datuk Nordin Hassan memerintahkan Saidin Yaacob, 50, yang mengaku bersalah atas pertuduhan pindaan itu menjalani hukuman penjara bermula tarikh dia ditangkap iaitu 18 Julai tahun lalu.

Mengikut pertuduhan, Saidin didakwa dengan pengetahuan telah menggalakkan keahlian dalam kumpulan pengganas Daesh di sebuah rumah di Rancangan Pinggir Padang Besar, Jeneri, Sik, Kedah antara Januari 2014 dan September tahun sama.

Pertuduhan terhadap lelaki itu dikemukakan mengikut Seksyen 130G(b) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan. – UTUSAN ONLINE

utusan online

Comments