Home Tempatan Konsep ‘insan kamil’ gambarkan kesempurnaan Nabi Muhammad

Konsep ‘insan kamil’ gambarkan kesempurnaan Nabi Muhammad

SHARE

KUALA LUMPUR: Istilah insan kamil yang menggambarkan kesempurnaan dimiliki Nabi Muhammad SAW memang bukan istilah yang wujud sejak zaman Baginda tetapi konsep itu sebenarnya diperjelaskan daripada al-Quran dan hadis.

Tidak hairanlah, ada sesetengah pihak yang mengambil sikap sinis hingga mempertikaikan kesempurnaan yang diletakkan pada Rasulullah SAW kerana menganggap kesempurnaan hanya terletak pada Allah SWT.

Ulama Indonesia, Sheikh Rohimuddin Nawawi Al-Bantani, berkata dalam memahami perkara itu, kita tidak boleh terlalu beremosi sebaliknya menggunakan sumber wahyu dan pemikiran akal sihat dalam merungkaikan konsep insan kamil.

Beliau berkata, kesempurnaan yang dimiliki Rasulullah SAW bermaksud kehidupannya memenuhi kriteria tertentu hingga umat Islam bersepakat Baginda ialah manusia yang mencapai darjat kesempurnaan dalam hidup hingga menjadi tumpuan masyarakat disebabkan sifat terpuji dalam dirinya.

Untuk berita penuh sila klik di sini

Berita Harian

Comments