Home Tempatan Komposisi CEC Bukti Agenda Kristianisasi DAP – Dr Kamarul Zaman Yusoff

Komposisi CEC Bukti Agenda Kristianisasi DAP – Dr Kamarul Zaman Yusoff

SHARE

Kuala Lumpur: Komposisi Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP yang baru menguatkan lagi dakwaan bahawa DAP ada agenda Kristianisasi, demikian kata Pengarah Institut Kajian Analisis Politik Malaysia (MAPAN), Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr Kamarul Zaman Yusoff.

Melalui laman Facebooknya, Dr Kamarul berkata bahawa hasil penyelidikannya mengenai latar belakang ahli tambahan kepimpinan CEC yang baru, seramai 7 orang daripada mereka adalah penganut Kristian tegar.

“Setelah menyelidiki latar belakang 10 orang ahli tambahan yang dilantik ke CEC ini, adalah didapati bahawa sekurang-kurangnya 7 daripada 10 orang ahli tambahan ini adalah penganut Kristian tegar, di mana sebahagian daripada mereka pula diketahui sebagai terlibat dengan aktiviti evangelisme Kristian, iaitu Stephen Wong Tien Fatt, Thomas Su Keong Siong, Dr Ong Kian Ming, Hannah Yeoh Tseow Suan, Yeo Bee Yin, Dr John Brian Anthony dan Jannie Lasimbang.”

Tambah Dr Kamarul lagi, DAP tidak benar-benar serius mahu membaiki imejnya di kalangan pengundi Melayu Islam kerana hanya mengekalkan 1 kuota Melayu Islam di dalam kuota lantikan ahli tambahan.

“Lebih jauh lagi, jika DAP benar-benar serius mahu memperbaiki imejnya di kalangan pengundi Melayu Islam, sudah tentulah tokoh-tokoh Melayu Islam yang hanya memasuki DAP selepas pemilihan CEC pada 15 Disember 2012, seperti Dr Abdul Aziz Bari, Datuk Zaid Ibrahim dan Datuk Yeop Adlan Che Rose, selain mana-mana tokoh-tokoh Melayu Islam yang kalah di dalam pemilihan semula CEC ini, dilantik untuk mengisi kuota 10 orang ahli tambahan.”

“Bagaimanapun, di sebalik mengisi CEC dengan lebih ramai tokoh-tokoh Melayu Islam, DAP malangnya sekadar mengekalkan 1 kuota Melayu Islam di dalam kuota lantikan ini dengan melantik Tengku Zulpuri Shah Raja Puji (ADUN Mentakab) bagi menggantikan tempat yang disandang oleh Dr Ariffin Omar.”

Parti DAP telah mengadakan satu pemilihan semula Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP dalam satu Kongres Khas Kebangsaan DAP di IDCC Shah Alam, Selangor pada 12 November 2017 yang lalu atas arahan Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) selepas mendapati pelantikan anggota CEC dan pemegang jawatan utama parti berkenaan pada 29 September 2013 dianggap tidak sah.

Mengikut Perlembagaan DAP, pemilihan semula ini adalah bagi memilih 20 ahli CEC dan melantik tidak lebih dari 10 orang ahli tambahan ke CEC.

Dr Kamarul sebelum ini pernah mendedahkan bahawa buku tulisan Speaker DUN Selangor Hannah Yeoh yang juga merupakan salah seorang ahli tambahan CEC yang baru sebagai satu usaha terancang evangelisme di negara ini.

Comments