Home Antarabangsa Kod dikesan dalam sistem utiliti elektrik Vermont

Kod dikesan dalam sistem utiliti elektrik Vermont

SHARE
Barack Obama dan Vladimir Putin - Gambar http://kremlin.ru/events/president/news/50393/photos

WASHINGTON: Satu kod yang dipercayai mempunyai kaitan dengan operasi serangan siber Russia dikenali sebagai Grizzly Steppe oleh pentadbiran Presiden Amerika Syarikat (AS) Barack Obama dikesan di dalam sistem utiliti elektrik Vermont, lapor The Washington Post pada Jumaat.

Akhbar yang memetik kenyataan pegawai yang tidak dinamakan berkata, Russia tidak menggunakan kod itu secara aktif untuk mengganggu operasi pengendalian kemudahan itu tetapi pencerobohan grid elektrik di negara itu adalah penting kerana ia menggambarkan kelemahan sistem yang serius. Bagaimanapun Reuters tidak dapat mengesahkan kesahihan laporan itu.

Menurut Post, pada Khamis, Presiden Barack Obama mengarahkan 35 diplomat Russia disyaki pengintip dihalau dan mengenakan sekatan kepada dua agensi perisikan Russia kerana pembabitan mereka menceroboh sistem Pilihan raya Presiden Amerika Syarikat pada 2016.

Post melaporkan, kerajaan dan pegawai industri sentiasa memantau grid elektrik di negara itu kerana ia menggunakan sistem komputer sepenuhnya dan sebarang gangguan memberikan implikasi buruk terhadap fungsi perkhidmatan dan kecemasan.

Akhbar itu turut melaporkan, beberapa pegawai AS, termasuk seorang pegawai kanan pentadbiran berkata, mereka masih belum pasti apa niat sebenar Russia. – Reuters

Berita Harian

Comments