Home Tempatan KL kaji wajibkan premis kibar bendera sempena Merdeka

KL kaji wajibkan premis kibar bendera sempena Merdeka

SHARE

PETALING JAYA: Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Mhd Amin Nordin menyeru rakyat Malaysia mengibar Jalur Gemilang, mencontohi semangat patriotik rakyat negara jiran.

“Di luar negara seperti Indonesia, mereka tidak malu memasang dan mengibarkan bendera negara.

“Ini membuktikan semangat cintakan negara dan patriotisme tinggi dalam kalangan mereka walaupun tanpa disuruh memasang bendera,” katanya memetik laporan Berita Harian.

Beliau berkata masyarakat Malaysia dilihat liat dan kurang peka memasang bendera walaupun diberi secara percuma.

Menurutnya, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) juga sedang mengkaji syarat pembaharuan lesen untuk mewajibkan pemilik premis di ibu kota memasang Jalur Gemilang.

Awal bulan ini, Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Mansor dilaporkan berasa kesal apabila penghuni bandaraya Kuala Lumpur tidak begitu teruja mengibar Jalur Gemilang sempena sambutan Hari Merdeka akhir bulan ini.

Free Malaysia Today

Comments