Home Tempatan Kita Perlu Tunjuk Contoh Yang Baik Sebagai Pembangkang Yang Berwibawa — KJ

Kita Perlu Tunjuk Contoh Yang Baik Sebagai Pembangkang Yang Berwibawa — KJ

SHARE

Kuala Lumpur: Khairy Jamaluddin, Ahli Parlimen Rembau menegaskan pendirian beliau untuk kekal duduk dalam dewan adalah bagi menghormati majlis di Parlimen pada hari ini sedangkan rakan pimpinan pembangkang yang lain membuat keputusan untuk keluar dari dewan.

Tindakan keluar Dewan Rakyat Ahli-Ahli Parlimen Barisan Nasional dan PAS pada sidang Parlimen tadi adalah dipercayai sebagai pernyataan tanda bantahan mereka berhubung pelantikan Datuk Mohamad Ariff Yusof sebagai Speaker Dewan Rakyat.

Khairy Jamaluddin berkata, “Saya nak menghormati majlis hari ini. Hari ni majlis angkat sumpah.”

“Kalau kita nak buat bantahan pun, kalau ada pertikaian berkenaan dengan pelantikan Yang Dipertua boleh dibuat dengan cara yang lain. Boleh dibuat melalui perbahasan. Boleh dibuat melalui peraturan mesyuarat pada hari Rabu.”

“Tapi bukan cara nak, dengan cara kita keluar dewan pada hari ini. Saya rasa kita perlu tunjuk contoh yang baik sebagai pembangkang yang berwibawa.”

Comments