Home Tempatan Kita Bukan Menentang Speaker, Tetapi Prosedur Yang Tidak Diikuti – Zahid Hamidi

Kita Bukan Menentang Speaker, Tetapi Prosedur Yang Tidak Diikuti – Zahid Hamidi

SHARE

Parlimen – “.. Kami mempunyai bukti-bukti yang cukup, bahawa tempoh 14 hari sebagaimana yang telah ditetapkan di dalam Standing Orders dalam Dewan rakyat, tidak diikuti..” Ketua Pembangkang, Dato’ Seri Dr Zahid Hamidi semasa menjelaskan insiden bantahan keluar dewan yang berlaku di Parlimen pagi tadi.

Bantahan tersebut berikutan apa yang dinyatakan oleh beliau sebagai pelanggaran cara perlantikan Datuk Mohamad Ariff Md Yusof sebagai speaker yang tidak mengikut Standing Orders Parlimen yang dibuat oleh Ketua Majlis iaitu Perdana Menteri.

Menurut beliau, Setiausaha Dewan Rakyat telah memaklumkan bahawa Perdana Menteri telah menghantar surat  kepada Setiausaha Dewan Rakyat pada 2 Julai 2018. Walaubagaimana pun, Dato’ Seri Dr Zahid Hamidi menegaskan, pihak mereka mempunyai bukti-bukti bahawa tempoh 14 hari sepertimana yang ditetapkan di dalam Standing Orders Dewan Rakyat tidak diikuti.

Tambah beliau lagi, semua perincian bukti-bukti tersebut akan diserahkan kepada Setiausaha Agong PAS dan Ketua WHIP Pembangkang Barisan Nasional, Datuk Azalina.

Dato’ Seri Zahid walaubagaimanapun menegaskan, tindakan keluar dewan tersebut bukanlah di atas sebab menentang Speaker, tetapi mempersoalkan cara dan prosedur perlantikan yang tidak diikuti.

Comments