Home Tempatan Kit Siang Nasihat Ketua Hakim Negara & Presiden Mahkamah Rayuan Letak Jawatan

Kit Siang Nasihat Ketua Hakim Negara & Presiden Mahkamah Rayuan Letak Jawatan

SHARE

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini menerusi blognya, Lim Kit Siang menasihatkan kepada Tan Sri Md Raus Sharif dan Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinuddin untuk meletakkan jawatan mereka sebagai Ketua Hakim Negara dan Presiden Mahkamah Rayuan. Perletakan jawatan ini, menurut Lim Kit Siang ialah bagi ‘menamatkan krisis Perlembagaan berkenaan dua jawatan tinggi tersebut’.

Menurut Lim Kit Siang lagi, apabila Tan Sri Md Raus secara kontroversi dilantik semula sebagai Ketua Hakim Negara, beliau menyatakan bahawa perlantikannya itu “tiada duluan” tetapi berkeperlembagaan, dan menurutnya akan sentiasa ada perkara yang pertama kali berlaku untuk setiap perkara.

Perlantikan kedua mereka sebelum ini, menurut Lim Kit Siang mendapat kritikan dan penentangan pelbagai pihak termasuk dari kalangan bekas Ketua Hakim Negara, bekas Hakim Mahkamah Persekutuan, bekas Peguam Negara, bekas defacto Menteri Undang-Undang dan Badan Peguam.

Perletakan jawatan Raus sebagai Ketua Hakim negara dan Zulkefli sebagai Presiden Mahkamah Rayuan menurutnya lagi, akan membenarkan permulaan yang baik kepada reformasi sistem keadilan dan perundangan yang amat diperlukan.

Lim Kit Siang pada 23 Oktober 2016, menerusi akaun laman twitternya pernah mencadangkan nama Tan Sri Richard Malanjum sebagai calon Ketua Hakim Negara yang baru.

Comments