Home Tempatan Kiraan hibah 2017 berdasarkan baki purata minimum bulanan – TH

Kiraan hibah 2017 berdasarkan baki purata minimum bulanan – TH

SHARE

Lembaga Tabung Haji (TH) memaklumkan pengiraan hibah 2017 adalah berdasarkan baki purata minimum bulanan sama seperti tahun- tahun sebelumnya.

TH dalam satu satu kenyataan berkata, para pendeposit boleh menyemak pengkreditan Hibah TH 2017 bermula Isnin, 12 Februari 2018, di kaunter TH, Bank Islam dan Bank Rakyat.

Semakan baki simpanan juga boleh dilakukan di mesin juruwang automatik (ATM) dan portal internet bank-bank rakan strategik – Bank Islam, Bank Rakyat dan Maybank Islamik (Maybank2U) serta Portal Internet TH (THiJARI) dan aplikasi mudah alih (THiJARI).

Sila klik di sini untuk bacaan lanjut.

Comments