Home Antarabangsa Kiamat Datang, RM76 Billion Dana George Soros Bakal Direbut Liberalis

Kiamat Datang, RM76 Billion Dana George Soros Bakal Direbut Liberalis

SHARE

Kuala Lumpur: Penyangak Matawang George Soros baru saja ‘mendermakan’ lebih RM76 billion ke tabung Open Society Foundations (OSF), sebuah yayasan yang digunakan beliau untuk terus mengabsahkan projek hegemoni melalui gerakan politik dan aktivisme sekular dan liberal di seluruh dunia.

Sumbangan tersebut seperti yang dilaporkan oleh Wall Street Journal dikumpulkan sepanjang karier kontroversi beliau sebagai pelabur dan spekulator matawang menjadikan OSF menduduki tangga kedua di Amerika Syarikat (AS) di bawah Bill & Melinda Gates Foundation daripada segi jumlah dana terkumpul.

George Soros pernah dilabel sebagai “Penyangak Matawang” oleh mantan Perdana Menteri Tun Mahathir semasa krisis matawang Asia pada tahun 1997/1998 yang menyaksikan ringgit jatuh teruk berbanding dolar Amerika Syarikat dan ianya membabitkan Malaysia dan beberapa negara serantau.

Soros 87 tahun dikatakan berbuat demikian (menderma) bagi memastikan kelangsungan kerja ‘aktivisme’ beliau berterusan walapun setelah bersara atau pun meninggal dunia. RM76 billion adalah kurang RM1 billion daripada bajet pembayaran emolumen lebih sejuta kakitangan awam kerajaan Malaysia pada Bajet 2017 yakni sebanyak RM77 billion.

Namun pada kali ini belum dipastikan badan bukan kerajaan mana yang bakal menerima pusingan dana yang terbaru. Pada 3hb November 2016, portal berita Free Malaysia Today melaporkan beberapa NGO Malaysia yang disenaraikan sebagai penerima dana menurut fail PDF yang bertajuk “2014 Work Plan for Southeast Asia Program” seperti Penang Institute, Comfrell, C4 Malaysia, Pusat Kesedaran Komuniti (EMPOWER), Islamic Rennassaince Front, Komas, Merdeka Center For Opinion Research, Suaram, Suaram International, Citizen Journalists Malaysia (Sabah), Unimas, Café Democracy, Internet Dialoque on Law Reform, NBTC Watch, People Information Center and Patani Forum.

Malaysia Program yang dijalankan secara rahsia dimulakan OSF pada tahun 2010 antara lain, mahu mengubah kuasa politik di Malaysia dengan pembabitan lebih aktif kumpulan minoriti seperti pertubuhan wanita, Orang Asli dan pemuda luar bandar.

New Straits Times pula pernah menulis bahawa pembabitan George Soros untuk mengubah pemerintahan sesuatu kerajaan bukanlah perkara baru dan amatlah merisaukan kerana “Penyangak Matawang” tersebut pernah melakukan perkara yang sama di Ukraine dengan demonstrasi Maidan sehinggakan menjatuhkan sebuah kerajaan yang dipilih secara demokratik.

Comments