Home Tempatan Khutbah: Jangan cabar institusi raja, Agong di media sosial

Khutbah: Jangan cabar institusi raja, Agong di media sosial

SHARE
Sumber Gambar: IsmaWeb

KHUTBAH | Menyentuh tentang institusi raja dan kepentingan Yang di-Pertuan Agong, khutbah Jumaat Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengingatkan agar media sosial tidak dijadikan tempat untuk mengganggu dan mencabar institusi raja.

“Terdapat banyak isu yang dilontarkan belum dipastikan kesahihannya apatah lagi yang tidak mempunyai mana-mana sandaran mahupun bukti.

“Hal ini bukan sahaja menyebabkan kemudaratan dan mengganggu kemaslahatan rakyat, malah pada masa yang sama memberi kegembiraan kepada golongan-golongan yang menolak sistem kerajaan raja berperlembagaan dan Islam sebagai agama persekutuan,” menurut mimbar.

Mimbar berpesan bahawa dalam Islam, kedudukan seseorang pemimpin lebih mulia dan tinggi kerana disyariatkan bagi menggantikan tugas kenabian dalam memelihara agama dan mentadbir urusan umat Islam.

Untuk berita penuh sila klik di sini

Malaysiakini

Comments