Home Tempatan Khurafat Dalam Kegiatan Nombor Ekor

Khurafat Dalam Kegiatan Nombor Ekor

SHARE

KUALA TERENGGANU, 24 Rabiulakhir 1439H, Jumaat – Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) tidak menyangkal hubung kait kegiatan nombor ekor dengan perbuatan khurafat.

Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama Terengganu, Wan Ismail Sahaimi Wan Omar berkata, JHEAT mengesan terdapat kegiatan pemujaan yang dilakukan pihak tidak bertanggungjawab bagi mendapatkan nombor ekor.

“Pihak JHEAT belum dapat menangkap mereka yang melakukan perkara tidak bermoral (khurafat) ini dan hanya menjumpai peralatan-peralatan yang digunakan untuk tujuan pemujaan (bagi mendapatkan nombor ekor),” katanya ketika dihubungi Bernama berkaitan operasi membanteras judi nombor ekor dijalankan JHEAT semalam.

Untuk berita penuh sila klik di sini

Comments