Home Menara English International Kewangan Islam perlu proaktif basmi kemiskinan: Sultan Perak

Kewangan Islam perlu proaktif basmi kemiskinan: Sultan Perak

Agenda global bertujuan kurangkan kemiskinan, tambah kemakmuran

SHARE

KUALA LUMPUR, 7 Rejab 1439H, Ahad – Kewangan Islam perlu kekal relevan dengan terlibat lebih proaktif dalam agenda global yang bertujuan membasmi kemiskinan dan ketidaksamaan, dan mengekal serta menambah baik kemakmuran dan kestabilan global, titah Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah.

Baginda bertitah, persamaan yang besar antara prinsip asas kewangan Islam dengan pelaburan memberi impak kepada sosial, menyediakan peluang yang amat besar bagi pasaran modal terutamanya untuk memanfaatkan pertumbuhan kukuh segmen pelaburan dan kewangan mampan yang meluas di seluruh dunia.

“Maqasid Syariah, yang sering dilihat sebagai menjadi asas bagi kewangan Islam seharusnya membentuk asas bagi menstrukturkan pelan hala tuju strategik bagi pembangunan jangka panjang industri kewangan Islam,” titah baginda pada sesi Perundingan Meja Bulat mengenai Kewangan Islam SC-OCIS, di sini, hari ini.

Untuk berita penuh sila klik di sini

Comments