Home Tempatan Ketepikan perbezaan, cari persamaan, kata Zahid kepada umat Islam

Ketepikan perbezaan, cari persamaan, kata Zahid kepada umat Islam

SHARE
Umat Islam negara ini perlu mengetepikan perbezaan pendapat, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. — Foto Bernama

KUALA LUMPUR, 15 Jan — Umat Islam negara ini perlu mengetepikan perbezaan pendapat dan mencari titik persamaan demi memastikan syiar Islam terus subur di negara ini, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Dalam situasi agama Islam di seluruh dunia diasak daripada pelbagai sudut dan berpecah-belah, beliau berkata umat Islam di negara ini perlu terus bersatu menentang asakan termasuk Islamofobia melalui contoh dan akhlak yang baik.

“Carilah titik pertemuan… cari titik persamaan melebihi titik perbezaan agar Islam terus menjadi agama syumul di negara kita,” katanya semasa berucap di Majlis Mahabbah Rasulullah 2018 di Masjid Al Bukhary, Jalan Hang Tuah, di sini malam tadi.

Untuk berita penuh sila klik di sini

The Malay Mail Online

 

Comments