Home Tempatan Ketagihan Dadah Meningkat Akibat “Barang” Senang Dapat

Ketagihan Dadah Meningkat Akibat “Barang” Senang Dapat

SHARE

KUALA LUMPUR : Dakwaan pemandu wanita yang terlihat sebuah lori menghalang jalan lalu memecut kereta Gen-2 yang dipandu melawan arah trafik dari Plaza Tol Sungai Dua sejauh 5 km di Lebuhraya Utara-Selatan di Seberang Perai Tengah sehingga menyebabkan kemalangan maut itu jika dia sah dipengaruhi alkohol atau dadah jenis sintetik, kata Mohammad Yusri Osman.

Beliau yang menjawat jawatan sebagai Pengurus Bahagian Pentadbiran, Badan Bukan Kerajaan (NGO) Pertubuhan Penawar Warisan (PPW) berkata, dakwaan itu ada logiknya jika dia dibawah pengaruh alkohol dan dadah.

Menurutnya, perkara ini tidak mustahil kepada penagih dadah kerana dia boleh membayangkan bermacam-macam halusinasi hasil pengambilan dadah.

Beliau berkata, kebanyakkan kes yang dikendalikan mempunyai kadar dan tahap khayalan.  Bergantung kepada jenis dadah yang diambil.

Menurut Mohammad Yusri, ada contoh kes ekstrem yang pernah berlaku terhadap seorang penagih yang mendengar bisikan syaitan mengatakan dia perlu membunuh anaknya, pada logik normal kita, itu perkara mustahil tetapi bagi penagih dadah, mereka mampu mempengaruhi sehingga sanggup membunuh walaupun anak sendiri.

“Apabila mereka mula berkhayal ada di antara mereka mengatakan mampu melihat hantu, jin kepala tonceng, manusia kepala terbang dan bermacam-macam lagi perkara pelik dan jauh dari logik akal kita,”katanya.

Kata beliau, pengambilan dadah ini boleh diandaikan seperti pengambilan ubat tahan sakit yang mengandungi dadah.

“Sebenarnya ubat tersebut memanipulasi saraf sakit di bahagian otak dan disebabkan itu kita tidak rasa sakit. Bukannya rasa sakit itu tidak ada cuma kita tidak merasa kesakitan,” katanya.

Menurut beliau, perkara ini sama juga dengan proses pembedahan, doktor akan memberi ubat bius bagi menahan rasa sakit sehingga pesakit tidak merasa apa-apa kesakitan sebelum pembedahan boleh dibuat walhal sakit itu tetap ada, apabila kesan ubat bius itu sudah habis baru kita dapat rasa kesakitan kesan dari pembedahan dan jahitan itu.

Beliau berkata, ini adalah pengaruh semua jenis dadah terutamanya jenis sintetik dan apabila kita menggunakan dadah ini, ia dengan sendirinya akan memanipulasi fungsi sel otak dan di situlah mereka akan berkhayalan.

Menurutnya, semua ini merupakan hasil pengalaman pihaknya yang merupakan satu badan untuk menguruskan dan merawat penagihan dadah dan kesan ketagihan dadah. Beliau tidak menafikan dakwaan mengatakan bahawa dadah jenis sintetik kini sangat mudah diperolehi.

“Buktinya? Kadar penagihan meningkat, ibarat sesebuah perniagaan apabila ada permintaan tinggi pengedar secara tidak langsung akan turut bertambah,” katanya.

Menurut beliau lagi, keterlibatan penagih dadah di kalangan remaja  sekolah juga semakin meningkat dan ini menunjukkan dadah mudah didapati di mana-mana dan pada bila-bila masa sahaja manakala pembekal sekaligus akan bertambah seiring dengan meningkatnya permintaan tersebut.

Beliau berkata, tiga hari lepas ada remaja sekolah  berumur 16 tahun dihantar oleh ibu bapanya ke tempat PPW, kes mengambil syabu dan Sabtu ini seorang lagi remaja berumur 16 tahun yang merupakan pelajar sebuah madrasah akan dihantar oleh ibu bapanya bagi tujuan pemulihan. Jelas maksudnya di sini, “barang” senang dapat,” katanya.

Beliau berkata, jika dahulu kadar penagihan hanya popular di kalangan nelayan dan pekerja buruh saja tetapi sekarang bukan sahaja golongan profesional malah kanak-kanak bawah umur juga sangat mudah memperolehinya dan menjadi penagih.

Ditanya adakah terdapat cara untuk mengatasi ketagihan dadah ini Mohammad Yusof menekankan soal berkaitan hati dan iman.

“Sebenarnya kalau pada saya, saya pegang dan saya yakin. Alhamdulillah dan kini sedang terlibat dalam menguruskan sebuah pusat pemulihan dadah yang dikenali sebagai PPW daripada 1995 hingga sekarang, ianya tidak sukar, hanya selepas seorang penagih dadah itu mengamalkan apa yang diajar oleh Islam,” katanya.

Menurutnya, mereka (penagih) ada di depan mata saya dan jika seseorang itu mengamalkan kehidupan beragama dalam dirinya semua perkara boleh diselesai dan menjadi baik. Menurut beliau, setiap ubat itu ada penawarnya, cuma kita perlu mengikut apa yang Rasulullah SAW ajarkan dan suka saya memetik sebuah hadis,

Dari An-Nu’man bin Basyir radhiyallahu ‘anhuma, Rasulullah SAW bersabda:

 “Ingatlah bahwa di dalam jasad itu ada segumpal daging. Jika ia baik, maka baik pula seluruh jasad. Jika ia rusak, maka rusak pula seluruh jasad. Ketahuilah bahwa ia adalah hati (jantung).” (HR. Bukhari no.52 dan Muslim no. 1599).

Beliau berkata, apabila hati kosong, mudah sangat pengaruh negatif boleh masuk dan apabila dadah masuk maka dadah ini boleh mempengaruhi sehingga menyebabkan ketagihan yang teruk sehingga memusnahkan diri dan masa depan.

Katanya, jika hati baik, maka baiklah anggota badan yang lain. Jika hati rosak, maka rosak pula yang lainnya. Baiknya hati dengan memiliki rasa takut, rasa cinta pada Allah dan ikhlas dalam niat.

“Mengamalkan dan kembali kepada ajaran Islam yang sebenar, Insyallah semuanya akan selamat sekaligus terhindar dari pengaruh dadah.”

Menurut beliau, bagaimanapun yang masih berlaku dalam negara kita ini adalah disebabkan kita tidak merawat puncanya, kita hanya merawat simptomnya.

“Sama dengan kes kemalangan yang berlaku baru-baru ini. Kita asyik memikirkan tentang hukuman, cerita bagaimana kemalangan itu boleh berlaku, tetapi kita terlupa punca kemalangan itu kesan dari pengaruh alkohol dan dadah,”katanya.

Mohammad Yusri berkata, usaha pemulihan perlu dibuat secara berperingkat, masalah ketagih itu satu bab, ada bab lain yang lebih penting iaitu usaha untuk memulihkan sifat penagih itu.

Beliau berkata, jika kita imbas semula sejarah kedatangan Islam, Rasulullah SAW berjaya mengubah para sahabat dengan kaedah membimbing mereka untuk mengamalkan ajaran Islam yang sebenar.

“Walhal mereka sebelum Islam, melakukan  bermacam-macam perkara kemungkaran tetapi setelah kedatangan Islam mereka berubah menjadi lebih baik, malah mendapat gelaran “radiallahu anhu”, maknanya andai kita juga kembali kepada ajaran Islam yang sebenar kita berupaya untuk mencapai kejayaan seperti mereka,” katanya.

“Inilah realiti sekarang, kita sibuk mendongak ke langit sampai terlupa bumi yang dipijak,”katanya.

Comments