Home Tempatan Kesihatan baik jamin kesempurnaan ibadah haji

Kesihatan baik jamin kesempurnaan ibadah haji

SHARE
Ketua Rombongan Haji Malaysia Datuk Seri Syed Salleh Syed Abdul Rahman (dua, kiri) menyambut ketibaan kumpulan pertama Jemaah Haji Malaysia dari Madinah, 23 Julai, 2018. --fotoBERNAMA

KESEMPATAN menunaikan ibadah haji menjadi impian umat Islam dalam usaha mereka melaksanakan tuntutan Rukun Islam yang kelima itu.

Namun, dalam kegembiraan menerima panggilan untuk menunaikan ibadah itu di Tanah Suci, bakal haji sepatutnya melakukan persediaan rapi terutamanya dari segi kesihatan dan ibadah.

Malah, persiapan kesihatan yang merangkumi aspek kekuatan fizikal dan mental adalah amat diperlukan bagi menjamin kesempurnaan ibadah dalam usaha memperoleh haji yang mabrur.

Setiap bakal haji, tanpa mengira usia, perlulah memastikan tahap kesihatan adalah dalam keadaan baik dengan mereka perlu terlebih dahulu menjalani beberapa pemeriksaan kesihatan termasuk yang diwajibkan Lembaga Tabung Haji (TH) sebelum dibenarkan menunaikan ibadah haji.

Untuk berita penuh sila klik di sini

Comments