Home Tempatan Kesepaduan rakyat pada tahap 80 peratus, kata ahli akademik

Kesepaduan rakyat pada tahap 80 peratus, kata ahli akademik

SHARE

SERDANG, 14 Sept — Di sebalik pelbagai andaian, tahap kesepaduan rakyat berbilang etnik, agama dan budaya di negara ini sebenarnya telah berada di tahap 80 peratus, demikian kata Prof Ulung Datuk Dr Shamsul Amri Baharuddin.

Timbalan Pengerusi Majlis Profesor Negara (MPN) itu berkata kesepaduan tersebut merangkumi aspek budaya, makanan, pendidikan dan ekonomi.

Beliau berkata perkara itu bagaimanapun seolah-olah tidak diperakui dan disedari ramai serta tidak diberikan perhatian kerana masyarakat hanya tertumpu kepada pencapaian dari segi perpaduan.

“Kesepaduan biasanya terhasil secara tanpa sedar, contohnya dalam budaya dan makanan yang saling pinjam-meminjam di mana masyarakat secara jelas tidak lagi mempersoalkan ia budaya atau makanan kaum mana.

“Yang menjadi masalah ialah ramai yang tidak mahu mengakui kebenarannya,” katanya yang merujuk kepada dapatan hasil kajian oleh Institut Kajian Etnik (KITA) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Beliau berkata demikian semasa menjadi panel pada dialog Wacana Ilmuan, Negaraku Malaysia: Di Mana, Ke Mana Kita? yang dianjurkan MPN di dewan utama Universiti Putra Malaysia (UPM) di sini semalam.

Dikendalikan oleh Sayed Munawar Sayed Mohd Mustar selaku moderator, dialog itu disertai Ketua Kluster Sejarah, Warisan dan Sosio Budaya MPN Prof Datuk Dr Teo Kok Seong; Setiausaha Kluster Perpaduan Nasional MPN Prof Dr Sivamurugan Pandian; Pengarah Pusat Kepimpinan Wanita Tun Fatimah Hashim UKM Prof Madya Dr Madeline Berma, Prof Madya Dr Awang Asri Awang Ibrahim daripada Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan Prof Madya Dr Sarjit Singh Darshan Singh daripada UPM.

Mengenai perpaduan, Shamsul Amri yang juga pengarah KITA berkata aspek itu ada tetapi kewujudannya tidak sekukuh dan seteguh sepertimana yang diharapkan.

Sila klik di sini untuk bacaan lanjut.

The Malay Mail Online

Comments