Home Tempatan Keselamatan bakal jemaah terjamin

Keselamatan bakal jemaah terjamin

SHARE

KUALA NERUS: Tabung Haji (TH) memberi jaminan tahap keselamatan lebih 33,000 bakal jemaah ketika menunaikan ibadat haji susulan ketegangan membabitkan Qatar dan Negara Teluk Arab. Pengerusi TH, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Raim, berkata bakal jemaah haji diminta mematuhi arahan keselamatan dikeluarkan TH.

“Kerajaan dan TH akan memastikan keselamatan bakal jemaah yang mula berangkat ke Tanah Suci pada 24 Julai ini terjamin,” katanya.

Beliau ditemui selepas merasmikan Program Ziarah Kasih Ramadan al-Mubarak 2017 peringkat Parlimen Kuala Nerus di sini, petang ini. Yang turut hadir Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman serta Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia, Datuk Rozi Mamat.

Abdul Azeez berkata, ketegangan di Negara Teluk Arab tidak menjejaskan persiapan TH atau mengganggu bakal jemaah. Mengulas Program Ziarah Kasih, Abdul Azeez berkata, kerajaan dan syarikat korporat banyak memberi sumbangan kepada Yayasan TH menyalurkan bantuan kepada golongan asnaf serta fakir miskin di seluruh negara.

Katanya, Yayasan TH mengeluarkan bantuan kewangan berjumlah RM7 juta termasuk zakat daripada TH berjumlah RM900,000.

“Kerajaan dan beberapa syarikat koperat menyalurkan kewangan kepada Yayasan TH berjumlah RM8 juta untuk diagih kepada golongan asnaf dan fakir miskin di 50 kawasan Parlimen di seluruh negara,” katanya.

Berita Harian

Comments