Home Tempatan Kesedaran tanggungjawab bayar zakat meningkat

Kesedaran tanggungjawab bayar zakat meningkat

SHARE

BANDARAYA MELAKA – Kerajaan negeri menjangkakan jumlah pungutan zakat di negeri ini boleh mencecah sehingga RM75 juta tahun ini ekoran peningkatan kesedaran mengenai kewajipan membayar zakat dalam kalangan masyarakat Islam.

Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron berkata, keyakinan ini adalah berdasarkan kepada statistik yang menunjukkan bahawa hasil pungutan zakat di negeri ini menunjukkan peningkatan berterusan sejak 2001.

Menurutnya, peningkatan ini ketara apabila jumlah kutipan meningkat dari RM40 juta pada tahun 2013 kepada RM72 juta tahun lalu, iaitu peningkatan hampir 80 peratus.

Kutipan zakat fitrah untuk tahun ini juga apabila sejumlah RM3.8 juta berjaya dikutip berbanding RM3.2 juta patahun lalu.

“Semenjak kita mula memantau urusan zakat ini secara serius sejak 2001, memang nampak ada penambahbaikan cukup ketara,” katanya di sini.

Sementara itu, dalam perkembangan lain, Idris, yang juga pengerusi Barisan Nasional (BN) Melaka, berkata, BN Melaka tidak akan tergugat dengan usaha pembangkang membantah langkah persempadanan semula oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Sebaliknya, katanya, BN akan memberikan fokus penuh kepada persiapan menghadapi PRU14 yang dijangka akan diadakan tidak lama lagi.

Ini, katanya, termasuklah memberi tumpuan kepada merampas kembali kerusi-kerusi yang kini dipegang pembangkang.

“Kita akan biarkan SPR buat keputusan dan akan patuh kepadanya,” katanya.

Sinar Online

Comments