Home Antarabangsa Kesatuan Eropah digesa henti biaya syarikat tentera Israel

Kesatuan Eropah digesa henti biaya syarikat tentera Israel

Rakyat mahu wang cukai disalur dengan betul

SHARE

BRUSSELS, 2 Syaaban 1439H, Rabu – Lebih 150 kesatuan perdagangan Eropah, parti politik, organisasi hak asasi manusia dan kumpulan agama dari 16 negara di benua itu menggesa Kesatuan Eropah (EU) menghentikan pembiayaan kepada syarikat tentera rejim Israel.

Kumpulan itu berkata, kebanyakan wang pembayar cukai Eropah disalurkan kepada syarikat ketenteraan yang mana di antaranya syarikat Israel.

Pegawai Kempen Antarabangsa Jawatankuasa Kebangsaan Boikot Palestin, Ana Sanchez berkata, ia dilakukan di bawah penyamaran penyelidikan dan janji bahawa teknologi dan teknik yang dibangunkan akan digunakan semata-mata untuk tujuan awam.

Untuk berita penuh sila klik di sini

Comments