Home Tempatan Kes Zamihan, JAKIM Rujuk Lembaga Tatatertib

Kes Zamihan, JAKIM Rujuk Lembaga Tatatertib

SHARE

Putrajaya: Dr Zamihan Mat Zin yang sedang direman dua hari berkenaan dengan video ceramah yang dikatakan mengandungi unsur kritikan terhadap Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor akan dirujuk ke Lembaga Tatatertib untuk tindakan lanjut, demikian menurut kenyataan media yang dikeluarkan oleh Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Tan Sri Dato’ Haji Othman Bin Mustapha.

“JAKIM telah memutuskan untuk merujuk perkara ini kepada Lembaga Tatatertib untuk tindakan lanjut.”

Kenyataan media itu juga menyatakan bahawa JAKIM mengambil serius perkara ini kerana ia membabitkan pegawai kader JAKIM yang kini ditempatkan di Kementerian Dalam Negeri.

“JAKIM telah memanggil Ustaz Zamihan Mat Zain pada pagi tadi untuk mendapatkan penjelasan lanjut berkaitan perkara berkenaan,” kata Ketua Pengarah JAKIM lagi.

Comments