Home Tempatan Kes sup babi untuk buka puasa, Vivian Lee didenda RM5,000

Kes sup babi untuk buka puasa, Vivian Lee didenda RM5,000

SHARE
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menetapkan denda RM5,000 menggantikan hukuman penjara lima bulan dan 22 hari terhadap Vivian Lee (kiri). ― Foto Bernama

KUALA LUMPUR, 11 April ― Mahkamah Tinggi di sini semalam mengetepi hukuman penjara enam bulan ke atas penulis blog seks Vivian Lee.

Namun, hakim menetapkan denda RM5,000 sebagai ganti hukuman penjara lima bulan dan 22 hari yang ditetapkan Mahkamah Sesyen di sini.

“Pada fikiran saya, perkara itu telah lama berlalu; ia terjadi pada 2013 dan sekarang kita di 2018,” kata Datuk Mohd Sofian Abd Razak yang turut memberi amaran supaya Vivian tidak mengulangi kesalahan.

Comments