Home Tempatan Kes Sangkal RUU 355: JAKIM Tegur FMT

Kes Sangkal RUU 355: JAKIM Tegur FMT

SHARE

Putrajaya: Portal atas talian, Free Malaysia Today atau FMT kali ini ditegur oleh pihak JAKIM berkenaan dengan sebuah artikel yang bertajuk ‘Usul Hadi langgar Syariah, kata bekas pakar JAKIM’ bertarikh 25hb Februari 2017.

JAKIM dalam kenyataannya menegaskan bahawa sebarang kenyataan pendirian dan dasar badan itu mestilah mendapat keizinan rasmi daripada Pengurusan Tertinggi JAKIM.

“Perbuatan mengaitkan nama JAKIM dalam berita tersebut adalah amat tidak wajar dan tidak bertanggungjawab,” kata kenyataan tersebut yang dikeluarkan oleh seksyen komunikasi korporat JAKIM.

“JAKIM mengingatkan pihak Free Malaysia Today atau FMT agar lebih berhati-hati dan bertanggungjawab dalam mengeluarkan sebarang kenyataan.”

Free Malaysia Today baru-baru ini dikecam netizen kerana mengandaikan lulusan graduan tempatan sama sebaris dengan ‘junior high schools danish dropouts’ dalam satu artikelnya yang ‘memetik’ seorang profesor daripada University Harvard.

Profesor Lant Pritchett kemudiaannya menafikan laporan tersebut sambil mengatakan bahawa kajiannya dijalankan di Indonesia dan beliau tidak ada sebarang data tentang keadaan di Malaysia.

1-http://www. freemalaysiatoday.com/ category/nation/2017/01/18/ local-grads-only-as-good-as- danish-high-school-dropouts/

Comments